bolshovu's picture
From bolshovu rss RSS  subscribe Subscribe

Buletin minda pengetua 2nd ed 

 

 
 
Tags:  siri 
Views:  369
Published:  November 20, 2011
 
0
download

Share plick with friends Share
save to favorite
Report Abuse Report Abuse
 
Related Plicks
No related plicks found
 
More from this user
Html5

Html5

From: bolshovu
Views: 190
Comments: 0

Cook ESRC National Centre for Research Methods

Cook ESRC National Centre for Research Methods

From: bolshovu
Views: 620
Comments: 0

Leading Business Transformation Executive Workshops and Advisory Program_Dubai_Oman_ Bahrain

Leading Business Transformation Executive Workshops and Advisory Program_Dubai_Oman_Bahrain

From: bolshovu
Views: 175
Comments: 0

SYMCQ4PDF

SYMCQ4PDF

From: bolshovu
Views: 244
Comments: 0

Remote Controller - POS

Remote Controller - POS

From: bolshovu
Views: 400
Comments: 0

Military and Security Developments Involving the People’s Republic of China 2011

Military and Security Developments Involving the People’s Republic of China 2011

From: bolshovu
Views: 437
Comments: 0

See all 
 
 
 URL:          AddThis Social Bookmark Button
Embed Thin Player: (fits in most blogs)
Embed Full Player :
 
 

Name

Email (will NOT be shown to other users)

 

 
 
Comments: (watch)
 
 
Notes:
 
Slide 1: EDISI 2/2011 - 10 FEB. 2011 MINDA PENGETUA SMK Bandar Putra, Jalan Nuri 9, Bandar Putra, 81000 Kulaijaya Watikah Pembangkit Semangat - 406 pelajar terima watikah pelantikan pemimpin Petikan berita yang tersiar dalam akhbar bertempat di Dewan Perdana Putra di sini. Azman Adnan, pengetuanya berkata penyerahan watikah ini melibatkan 406 orang pemimpin pelajar meliputi pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas asrama, ketua tingkatan dan pemimpin unit beruniform, persatuan dan kelab kokurikulum sekolah ini. Majlis turut dihadiri oleh En. Abdul Shukur Md Radi, wakil PIBG dan 1300 orang murid serta guru-guru sekolah ini. Kulaijaya – Watikah perlantikan pemimpin pelajar SMK Bandar Putra bagi tahun 2011 telah disempurnakan oleh Supt Zulkifly bin Yahya, Ketua Polis daerah Kulaijaya pada 9 Februari 2011 “ Majlis penyerahan watikah ini julung kali ini diadakan bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada semua pemimpin pelajar sekolah ini untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cekap dan berkesan bagi membantu memastikan visi dan misi sekolah tercapai”, katanya. “Saya juga mengharapkan pemimpin pelajar ini dapat memberikan komitmen yang tinggi dengan mengekalkan kompetensi kepimpinan mereka bukan sahaja pada masa sekarang tetapi juga seba- Intipati Ucapan Perasmian oleh gai persediaan mereka untuk memasuki alam Supt. Zulkifly masyarakat yang sebenar pada masa depan. Sebagai Yahya pemimpin muda yang  “Kita mesti bangga denbakal meneruskan legasi gan kejayaan hasil usaha kepimpinan negara masa gigih kita selama ini” depan semua pelajar seha“Murid kini adalah penrusnya bersedia memban-  gunkan kompetensi diri erus perjuangan pemimmasing-masing dengan pin masa depan” nilai-nilai kepimpinan me “Kecemerlangan minda lalui pelbagai medium mesti seiring dengan aktiviti pelajar di sekolah kecemerlangan sahsiah sama ada dalam bidang dan ketrampilan kepimpiakademik, hal ehwal murid nan” mahupun kokurikulum,” katanya lagi.”  “Elakkan terlibat dalam gejala social remaja yang boleh melemahkan minda” Aireen Najwa - Tokoh Nilam Kulaijaya 2011 Aireen Najwa sekali lagi mengulagi kehebatan kemenjadian murid SMK apabila memenangi anugerah berkenaan di peringkat daerah Kulaijaya bagi tahun 2011. Beliau akan mewakili Kulaijaya ke Anugerah Tokoh Nilam peringkat negeri Johor yang akan diadakan pada 2 Mac 2011 akan datang di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Tahniah kepada Aireen dan kita raikan kejayaan ini bersama dengan doa kemenangan di peringkat negeri kelak. Menarik di dalam P&P Berkesan Pemimpin 360 Darjah Kerjasama Anjakan Paradigma Salah laku siber Kisah Jam Misteri Lampu Men- 2 2 3 4 5 5 6 MINDA PENGETUA hanya untuk terbitan dan edaran dalaman sahaja. Kandungan, susun letak, grafik dan suntingan oleh En. Azman Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra, Kulaijaya.
Slide 2: MINDA PENGETUA 6 Strategi Pembelajaran dan Pengajaran Berkesan 1. Memberi bantuan klinikal Kebolehan guru utk mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kebolehan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan mereka secara individu. Guru hendaklah bertindak sebagai seorang doktor iaitu merawat dan menyediakan ubat untuk pesakitnya. Oleh itu peranan guru adalah membantu, memulih dan membimbing sesuatu kemahiran sehingga mereka mampu menguasainya. 2. Merancang pengajaran Memilih objektif pengajaran, memberikan pengalaman pembelajaran yg sesuai utk pelajar dan membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar. Perancangan yg teliti terhadap perkara-perkara itu diharapkan akan menghasilkan kejayaan seperti yg dirancang. 3. Melaksanakan pengajaran Kaedah PnP hendaklah menarik dan memberi kesan kpd pelajar. Kemahiran dan keupayaan guru melaksanakan pengajaran melalui teknik yg betul dan terkini akan merangsang diri pelajar menggunakan kaedah pembelajaran yg betul. 4. Pengurusan bilik darjah Menyediakan suasana pembelajaran dan persekitaran yg sesuai, menarik dan selesa dalam bilik darjah. Suasana yg baik ini akan menyeronokkan pelajar. Keadaan itu akan memudahkan guru melaksanakan pengajaran mereka. 5. Memantau kemajuan Menilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap pelajar termasuk catatan maklumat dan latar belakang peribadi. Pelaporan ini berguna kpd guru, ibubapa dan pelajar sendiri bagi memantau dan menilai peningkatan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian secara bertulis ini juga akan dapat digunakan oleh guru lain utk mdapatkan maklumat awal mengenai diri pelajar. 6. Menyayangi pelajar Perbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yg menggambarkan sifat penyayang dan nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai, membimbing, memberi sokongan dan pengiktiarafan, dapat menolong dan membantu guru melaksanakan tugas dgn perasaan gembira dan menyeronokkan. Pembelajaran berkesan melibatkan perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, tindak ikut dan penambahbaikan serta proses bimbingan yang berkesan Pemimpin 360 Darjah Maxwell cuba meleraikan masalah yang sering menghantaui ramai pemimpin yang sukar memimpin kerana tidak berada di kedudukan paling atas. Hampir 2 bulan saya memperoleh buku 360-Degree Leader (Pemimpin 360-Darjah) versi Bahasa Melayu tulisan John C Maxwell, hadiah daripada seorang rakan, baru hari ini saya dapat habis membacanya. Agak menyeronokkan kerana input baru. Maxwell cuba meleraikan masalah yang sering menghantaui ramai pemimpin yang sukar memimpin kerana tidak berada di kedudukan paling atas. Melalui "Pemimpin 360 Darjah" beliau mengutarakan gagasan memimpin ke atas, memimpin ke bawah dan memimpin secara silang. Ini bermaksud semua anggota dalam organisasi dapat berfungsi sebagai pemimpin mengikut atau pada kedudukan masing-masing. Pada tahap memimpin ke atas, pemimpin akan membantu ketuanya untuk memimpin, melakukan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain seperti yang diharapkan oleh ketuanya serta sanggup tidak diberi imbuhan kerana melakukannya seperti mana dikecapi oleh pemimpin atasannya. Sementara memimpin silang membawa konotasi, seseorang pemimpin berkenaan bertindak seperti rakan kepada rakanrakan dalam organisasinya. Hakikatnya persahabatan merupakan asas penting untuk mempengaruhi orang lain. Rakan sejawat akan sentiasa mendengar kita, mencari asas persamaan antara kita, mempunyai elemen kecindan (humor), dan sentiasa mahu berkongsi keadaan sebenar dalam waktu orang lain tidak mahu melakukannya. Inilah yang menjadi matlamat pemimpin 360 darjah. Ketiganya, pada peringkat memimpin ke bawah bermaksud bagi mereka yang sudah berada pada tahap pemimpin paling atas, mereka harus bergerak dengan penuh hikmah dan berhati-hati merentasi rakan seorganisasi. Pemimpin perlu melihat mereka dengan penuh harapan, keyakinan, percaya keupayaan mereka untuk melaksanakan impian organisasi dan sentiasa mempunyai sikap mendorong kepada subordinat, malah memimpin pengikut dengan memahami hakikat mereka sebagai individu dan bukannya kelompok semata-mata. Dalam proses memimpin ke bawah ini memerlukan ciri kebijaksanaan tinggi pada pemimpin berkenaan. Mudah diperolehi sama ada dalam versi Inggeris atau bahasa Malaysia Halaman 2
Slide 3: Apa yang penting...Kerjasama.. Apa yang penting?……… kerjasama. Segmen daripada cerita “Wonder Pets” yang saya paparkan di atas itulah juga yang kalimatnya yang sering anak bongsu saya tonton di kaca TV iaitu rancangan Wonder Pets dan sering menyanyikannya. Ia amat menarik perhatian saya untuk menulisnya kerana kalau anak-anak yang masih kecil boleh mengambil iktibar moral melalui ceritacerita binatang ini, apatah lagi kita orang yang dewasa. Satu ketika dulu semasa saya masih kecil, nenek saya sering bercerita tentang cerita-cerita binatang (sang kancil dan buaya, kucing dengan anjing, arnab dan kura-kura serta cerita-cerita lain yang penuh dengan pengajaran dan moral. Kini cerita-cerita binatang ini sebenarnya masih punya banyak peranan untuk mendidik anak-anak kita. Cuma yang membezakannya ialah medium yang digunakan sahaja. Dulu – melalui cerita lisan sedangkan kini – media elektronik. Bagaimanapun marilah sama-sama kita hayati apa maksud kalimah KERJASAMA ini atau dalam bahasa arab disebut Taawun. Apabila kita membongkar khazanah Al Quran dan AsSunnah banyak membicarakan tentang kepentingan memupuk dan memelihara semangat kerjasama. Hidup bermasyarakat, hidup saling bantu-membantu, konsep kerjasama seperti ayat yang dirakamkan di dalam surah Al-Maidah ayat yang kedua menyebut, “Bertolong-tolonglah kamu kepada perkara kebaikan dan janganlah kamu bertolongtolng kepada perkara kejahatan”. (Surah al-Maidah ; 2) Ayat ini menegaskan kewajipan sesama umat manusia menolong di antara satu sama lain di dalam perkara kebaikan dan landasan keimanan. Tetapi pada masa yang sama, umat manusia ditegah sama sekali bertolong bantu di dalam perkara dosa dan juga permusuhan. Walaupun niatnya betul tetapi jalannya salah juga ditegah dalam Islam seperti Zorro mencuri untuk membantu jiran kemiskinan. Begitu juga dalam organisasi, tanpa amalan kerjasama tidak mungkin kita mampu melaksanakan semua tugas dengan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Tiada manusia yang dapat hidup bersendirian tanpa bantuan daripada orang lain. Dalam organisasi kita umpama sebatang lidi yang mempunyai peranan masingmasing dan jika lidi-lidi ini dapat ditautkan menjadi secekak umpamanya maka bolehlah kita gunakannya untuk menyapu agar kawasan kita menjadi bersih. Jika kita umpamakan diri kita sebagai lidi, dengan kerjasama yang baik dalam kumpulan pastinya kita dalam melakukan yang terbaik untuk organisasi kita. Dalam kumpulan panitia contohnya, jika ada 4 atau 5 orang guru maka mudahlah kita melaksanakan apa juga aktiviti – daripada merancang program, melaksana program, membuat soalan penilaian, membuat penilaian dan sebagainya. Maka disarankan agar kita sentiasa bekerja dalam satu kumpulan atau pasukan yang mantap. Istilah kerja sepasukan ini amat popular sekarang. Pasukan bola sepak tidak mampu menang kalau 11 orang pemain tidak dapat memainkan peranan mengikut posisi masing-masing. Tugas untuk memenangkan pasukan bukan digalas oleh striker sahaja tetapi semua pemain termasuk penjaga gol dan penyokong. Mari kita sorot kembali sejarah peristiwa hijrah, salah satu kisah bersejarah di dalam lipatan sejarah umat Islam telah pun menzahirkan peri pentingnya semangat kerjasama dan ia disemai dan dibajai di dalam setiap sanubari umat Islam. Melalui peristiwa ini, seluruh para sahabat dan pengikut Nabi Muhammad SAW bersatu sepenuh hati, jiwa dan raga bersama- sama menjayakan misi hijrah demi menyelamatkan Islam. Yang paling penting, faktor keberjayaan misi hijrah Nabi adalah disebabkan semangat “kerjasama” yang cukup ampuh di kalangan sahabat para sahabat pada ketika itu. Senjata “kerjasama” inilah yang menjadi formula kejayaan misi Hijrah Nabi yang penuh berstrategi. Sebagai contoh, di dalam misi Hijrah Nabi, Sayyidina Ali memainkan peranan yang cukup penting apabila beliau menggantikan tempat tidur Nabi ketika Nabi diancam oleh Kafir Musyrik. Di dalam perjalanan Hijrah ke Madinah pula, Sayyidina Abu Bakar berperanan menemani Rasulullah sepanjang perjalanan menuju ke destinasi. Ini merupakan contoh yang membawa pengertian dan kesan yang cukup besar tahap pentingnya konsep kerjasama ini dihayati dan dibudayakan dalam kehidupan seharian. Seperti dalam cerita kartun “Wonder Pets”, Watak kartun wonder Pets yang digemari kanak-kanak Apa yang penting ? …….kerjasama….. Kita pula bagaimana? Marilah kita menjadikan nilai yang dimaktubkan sebagai antara nilai-nilai yang perlu diterap dalam jiwa penjawat awam sebagai kebiasaan, seterusnya amalan dan budaya bekerja kita. Insyallah. “ Semua pencapaian manusia, semua kekayaan yang dimiliki adalah bermula dengan satu idea” - Napoleon Hill Halaman 3
Slide 4: MINDA PENGETUA Memahami Anjakan Paradigma - penyelesaian kepada kemajuan dan penambahbaikan Perkataan anjakan paradigma pernah dipopularkan oleh Thomas Kuhn dalam tahun 1963 (The Structure of Scientific Revolution – www. Taketheleap.com). Mengikut Kuhn, kemajuan saintifik bukanlah satu proses evolusi, tapi satu siri selingan damai yang disentak oleh revolusi intelektual yang menggegarkan. Dalam revolusi ini berlaku satu penggantian dalam tassawur atau konsep 'world view'. Definisi paradigma di sini lebih merujuk kepada paradigma sebagai model, pola atau cara kita melihat dan menilai satu realiti atau keadaan - satu set peraturan atau kerangka yang kita pegang. Apabila berlaku perubahan dalam paradigma, maka ini disebut sebagai satu anjakan paradigma. Dalam banyak aspek, kehidupan manusia telah banyak berubah. Perubahan ini telah di pacu oleh pelbagai faktor seperti teknologi maklumat dan juga kemajuan di bidang sains yang lainnya. Perubahan- perubahan ini akan mencetuskan perubahanperubahan lain seperti cara kita berkerja dan seterusnya menuntut penilaian kepada aspek-aspek kerja yang lain dan yang berkaitan. Pemikiran kita juga harus berubah bagi membolehkan kita terus berfungsi seiring dengan tuntutantuntutan baru ini. Secara ringkasnya 'anjakan paradigma' seperti yang mudah untuk kita fahami ialah bermaksud 'ubah kaedah atau ubah cara lama'. 'Ubah' ini termasuklah tukar, buang, tinggalkan, perbaiki dan sebagainya. Dan 'cara' pula ini termasuklah ruang-lingkup gaya pemikiran, kaedah,pentadbiran, teknik, 'approach' dan yang sama erti dengannya.. Di peringkat organisasi sekolah misalnya, telah timbul keperluan sekolah menjadi sebuah organisasi pembelajaran serta dianggotai oleh individu berpenge- tahuan. Individu dalam organisasi perlu mengubah paradigma lama mengenai peranan mereka dalam konteks peranan baru ini yang memerlukan pembudayaan pengetahuan. Pemesatan dan perubahan di bidang atau peringkat lain yang sekaligus mempengaruhi organisasi dan individu seperti Kekonomi, kerajaan elektronik, perdagangan elektronik dan sebagainya akan menuntut penilaian semula kepada bentuk dan cara kita berfikir, berkhidmat dan mendapat perkhidmatan. Perubahanperubahan lain dalam falsafah organisasi seperti keutamaan kepada pelanggan, kualiti, akauntabiliti, budaya kerja cemerlang dan lain-lain memerlukan individu menyemak kembali cara dan struktur pemikiran yang membolehkan pemindahan dan penyesuaian dibuat segera. Anjakan paradigma dalam konteks semua ini bermakna mengubah kerangka pemikiran kepada realiti-realiti yang dibawa oleh perubahan-perubahan ini serta bertindak mengikut tuntutantuntutan paradigma baru. Anjakan paradigma ini juga sesuai diguna- atau rekacipta terkini kepada masyarakat. Ini membawa maksud, paradigma akan sentiasa berubah selaras dengan perubahan dunia semasa. Apa sahaja yang menjadi perkara baru pada hari ini akan segera menjadi basi pada keesokkannya. Lebih-lebih lagi yang bersangkutan dengan ICT yang sentiasa berinnovasi menyajikan teknologi terkini. Contohnya telefon bimbit, notebook dan sebagainya. Kerana apabila satu teknologi baru ditemui untuk mengatasi teknologi yang lama, maka satu anjakan paradigma diperlukan bagi menerima pakai paradigma yang baru tadi. Kebarangkalian untuk ketinggalan dalam perlumbaan teknologi amat tinggi jika tidak sentiasa dikemaskini dengan input terkini. Paradigma yang sedia ada selalu dikategorikan sebagai paradigma zon selesa atau comfort zone. Justeru, amat berat bagi mereka untuk meninggalkan paradigma zon selesa itu. Lebih-lebih lagi ia tidak mengganggu gugat status-quo yang dikecapi. Oleh itu, untuk melakukan anjakan paradigma, ia memerlukan satu kesedaran dan kekuatan dalaman untuk merobah kebiasaan itu. Melainkan mereka mendapati zon selesa itu tidak lagi sesuai dengan gaya hidup mereka, lalu inginkan perubahan yang total, maka disitu anjakan paradigma lebih mudah dilakukan. Contoh paling mudah berkaitan dengan teknologi jam yang kita pakai setiap hari. Dahulu pembuat jam mekanikal terkemuka dunia dikuasai oleh orang Swiss. Tidak mengguna bateri dan mereka sangat bangga dengan kepakaran itu. Tiada siapa yang boleh menggalahkan orang Swiss dalam kaedah pembuatan enjin jam. Akibatnya mereka leka dan selesa dalam paradigma itu lalu tidak mem- kan untuk menerangkan peri penting perubahan untuk sesuatu kemajuan berasaskan teknologi Halaman 4
Slide 5: perdulikan idea dan teknologi baru yang lebih bernas. Sehinggalah, Seiko dari Jepun, membuat 'reverse engineering' terhadap teknologi Quartz. Iaitu mengubah keseluruhan paradigma enjin mekanikal kepada enjin Quartz yang menggunakan bateri. Ini telah mengakibatkan perubahan menyeluruh terhadap industri tersebut. Penerimaan jam Quartz yang begitu menggalakkan dari pengguna seluruh dunia menyebabkan penjualan jam mekanikal Swiss jatuh merudum. Hampir-hampir mereka gulung tikar. Akhirnya, pengusaha jam Swiss terpaksa berubah dan menerima pakai paradigma baru dengan memperkenalkan jam Swatch berenjin Quartz untuk menandingi Seiko keluaran Jepun. Mereka bernasib kerana cepat sedar dan berubah untuk kekal dalam persaingan sehingga sekarang. Untuk beranjak ke satu paradigma yang baru seseorang perlu berani mengambil risiko. Walaupun begitu, menolak yang lama dan mengganti baru bukan bermakna benci, hanya pembaharuan yang dicari untuk menghasilkan produk/output yang lebih menguntungkan/menyenangkan sesuai dengan tuntutan zaman. Ia juga berkait dengan lumrah alam, yang lamakan pergi, yang baru mengganti. Silih berganti hari demi hari. Cuma perkara yang baru dan beranjak dari yang lama kepada yang baru sahaja mungkin terpaksa menghadapi pelbagai macam cabaran, kesukaran dan penerimaan dari segi mental dan fizikal. Malah dalam Islam sendiri kita sering mendengar konsep hijrah dan kebaikannya. Selagi tidak memesong akidah, anjakan paradigma harus dilakukan demi kebaikan. Ia berkonsepkan 'hijrah' dari satu ruanglingkup lama ke ruang-lingkup baru, dari melakukan kejahatan kepada kebaikan, dari kesusahan ke kesenangan dan begitulah seterusnya. KISAH JAM Alkisah, Seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. “Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?” “Ha?,” kata jam terperanjat, “Saya tak sanggup?” Tukang jam pun terdiam…. “Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?” “ha…lapan puluh enam ribu, empat ratus kali? Dengan jarum yang kecil seperti ini?” jawab jam penuh ragu. Tukang jam pun terdiam…. “Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?” “Apaa..Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali?” “Banyak sangat tu…” respon jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya. Tukang jam pun terdiam…. Lalu tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian bercakap kepada si jam. “Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap saat?” “Haaaa, kalau begitu, aku sanggup!” kata jam dengan penuh yakin. Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap saat. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu juga bererti ia telah berdetik sebanyak 86,400 kali dalam sehari..dan 3,600 kali dalam satu jam..dan tentu saja 31,104.000 kali selama setahun. Salah laku siber - cabaran baru pendidikan Kes buli siber yang semakin menular di sekolah merupakan satu lagi cabaran baru bagi warga pendidik dan ibu bapa untuk bekerjasama dalam menangani masalah disiplin di kalangan pelajar. Kewujudan teknologi internet dengan pelbagai kemudahan dan begitu mudahnya untuk membangunkan web dan blog telah menyebabkan penyebaran maklumat palsu, tulisan berbentuk cercaan, menghina dan mengugut melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Internet seperti laman sembang facebook, twitter serta rakaman video yang disebarkan di kalangan pelajar yang boleh memberi kesan emosi terhadap mangsa. Lihat sahaja di laman Youtube yang memaparkan pelbagai aksi pelajar malah ada sebahagiannya amat keterlaluan bukan sahaja di negara ini tetapi juga di negaranegara yang lain. Begitu juga ruangan forum yang bukan sahaja memaparkan bahasa yang kesat, slanga malah lucah juga. Ini merupakan masalah disiplin baru di negara ini tetapi ia telah lama berlaku dengan meluas di kalangan pelajar di negara barat yang mengakibatkan penderaan mental. Ia akan memberi kesan yang cukup buruk kepada mangsa apabila keadaan begitu tertekan. Sehubungan itu sebagai langkah awal guru dan semua pihak yang berkepentingan dengan pendidikan perlu memantau aktiviti pelajar dan lebih mendekati mereka yang mungkin merasa resah dan terancam dalam diam. Apa yang paling penting ibu bapa juga perlu mengingatkan anak-anak agar tidak menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat dan tidak menggunakan kesempatan untuk menjejaskan imej dan memburuk-burukkan rakan sebaya, guru, imej sekolah dan bidang pendidikan itu sendiri. Moral daripada cerita ini ialah …… ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tanggungjawab yang terasa begitu berat. Namun sebenarnya jika kita sudah melaksanakannya, ter nyata kita mampu, bahkan sesuatu yang mungkin kita anggap tidak mampu laksanakannya adalah mudah untuk dibuat. Jangan berkata “tidak” sebelum anda mencubanya. Inilah cabaran baru yang perlu ditangani oleh warga pendidik di sekolah. Untuk menanganinya memerlukan perhatian dan kerjasama semua pihak – KPM, warga ******************************** pendidik, ibu bapa dan pelajar-pelajar sendiri. Kita seharusnya menggalakkan keterampilan pelajar dalam memban“ Kreativiti wujud di mana-mana. Anda tidak dapat lari daripadanya. Apa gunkan pelbagai blog dan web tetapi sehayang penting ialah mengusahakannya dan melakukan perubahan” rusnya menjurus kepada aspek-aspek yang “ Kepuasan hidup ialah apabila kita menjadi dewasa seperti sekarang dan menpositif sahaja dan bukannya menjadigimbas kembali kenangan sewaktu zaman kanak-kanak tetapi apa yang lebih mem- kannya medium untuk memburukberangsangkan ialah menyedari bahawa kita telah membesar menjadi seorang yang burukkan pihak lain, memaparkan gambar kita impi-impikan semasa kecil. Inilah yang dikatakan impian yang terkabul” dan aksi yang memualkan dan elemenelemen yang tidak membina minda dan - Walt Disney integriti. Halaman 5
Slide 6: Misteri Lampu Menyala Penulis : En. Mohamed Yusof Mohamed Hari itu, seperti biasa aku hadir ke sekolah pada pukul 8.45 malam. Tujuannya untuk melihat keadaan asrama sekolah. Pemantauan perlu dilaksanakan secara kerap agar murid-murid asrama sentiasa belajar terutamanya pada waktu yang telah ditetapkan. “Assalamualaikum cikgu,” tegur seorang murid ketika bertemu denganku semasa hendak menuju ke tempat belajar. “Waalaikumsalam,” jawabku ringkas. Suasana sekolah tenang sahaja. Telah menjadi kebiasaan bagiku untuk datang ke asrama melalui kawasan sekolah. Aku jarang menggunakan pintu pagar utama asrama. Kelihatan murid-murid berbaris menuju ke tempat belajar yang telah ditetapkan. Begitulah keadaannya setiap malam. Sebelum ke asrama, aku sempat melihat sepintas lalu keadaan sekolah. Lampu-lampu di kaki lima memancarkan cahaya menerangi kawasan sekolah. Hatiku agak keberatan untuk meninjau kawasan blok belakang sekolah. Terngiang-ngiang di telingaku kata-kata beberapa orang rakan terhadap sekolah ini. “Cikgu, sekolah ini agak pelik sedikit, bilik muzik tu kadang-kala pendingin hawanya boleh terpasang sendiri,” terang seorang guru tanpa kupinta pada hari pertama aku ditempatkan di sekolah ini. “Mungkin guru terakhir yang menggunakan bilik itu terlupa memadamkannya tak?” Balasku “Atau mungkin suisnya telah rosak, boleh juga menyebabkan keadaan itu berlaku,” terangku lagi walaupun tidak dipinta. “Tidak cikgu, lampu pejabat tu pun kadang-kadang terang benderang walaupun ia telah dipadamkan ketika pekerja pulang,” sambung seorang cikgu yang lain. Sambil menyambut tangan murid yang ingin bersalam denganku ketika mereka ke tempat belajar, aku meneruskan perjalanan ke asrama. Di pejabat asrama aku memeriksa beberapa dokumen seperti laporan harian penghuni, buku laporan warden dan beberapa fail asrama. “Apa khabar cikgu?” Penyelia Asrama. “Bila Tegur cikgu “Datang sahaja, saya nak minta tolong. Saya sekarang di tepi dewan,” jelasku.Tidak sampai 3 minit, Penyelia Asrama sudah terpacak di depanku.“Cuba awak lihat, lampu bilik pengetua terpasang. Tadi masa saya ke asrama, keadaannya gelap sahaja. Pengetua hari ini bermesyuarat di Putrajaya,” aku menerangkan situasi yang sebenarnya. “Jadi apa kita nak buat cikgu?” Tanya Penyelia Asrama itu lagi.“Kita kena padam lampu tu,” kataku.Tanpa berbicara, muka Penyelia Asrama kelihatan agak keberatan dengan cadanganku itu. Aku dapat meneka bahawa dia juga tertanya-tanya mengapa keadaan ini boleh berlaku. Apa yang pasti, beliau telah ditempatkan di sekolah ini lebih awal daripadaku. Pasti lebih datang?” Tanyanya lagi sebelum sempat aku membalas salamnya.“Waalaikumsalam, saya baru sampai kira-kira sepuluh minit tadi,” terangku kepada Penyelia Asrama.Penyelia Asrama Sekolah memang kerap datang waktu malam. Selain memantau keadaan asrama, beliau selalunya mengutip yuran makan murid pada waktu malam.“Saya ingin ke sekolah pula untuk melihat serta memantau murid-murid belajar,” kataku kepada Penyelia Asrama.“Tengoklah cikgu, saya pun sebentar lagi juga akan ke sana sebelum pulang ke rumah,” balasnya.Aku terus keluar dari pejabat asrama untuk ke sekolah semula.Sampai sahaja di tepi dewan sekolah, aku terkejut. Tibatiba aku terpandang bilik pengetua terang-benderang. “Tadi aku rasa pejabat gelap tanpa cahaya,” aku berkata dalam hati.“Boleh tak datang ke sekolah sekarang juga?” Pintaku kepada Penyelia Asrama dengan menggunakan telefon bimbit.“Ada apa cikgu?” Tanyanya. banyak cerita sekolah yang diketahuinya.“Cikgu pasti ke hendak masuk ke pejabat? Cikgu ada kunci ke?” Dia bertanya bertalu-talu. Daripada nada suaranya, kelihatan seolah-olah dia keberatan untuk menerima cadanganku.“Saya memang ada membawa kunci. Saya memanggil kamu ke sini untuk menyiasat mengapakah lampu berkenaan bernyala,” jelasku kepadanya.Kami berdua mendaki tangga pejabat perlahanlahan. “Entah-entah ada penceroboh tak?” Soalku kepada kepada Penyelia Asrama bagi menangkan hati. Soalan itu tidak berjawab, sebaliknya dia hanya memandang mukaku dengan seribu satu persoalan.Aku terkejut apabila mendapati bahawa pintu pejabat tidak berkunci. Pengetua juga tidak kelihatan di pejabatnya. “Cari siapa?” Tiba-tiba terdengar suara dari belakang. Aku kenal suara itu.“Oh, cikgu, terkejut saya,” jawabku kepada Pengetua dalam keadaan kaget. Aku dan Penyelia Asrama tanpa diarah terus bersalaman dengannya. “Kenapa? Kamu takut?” Tanyanya meneka hati kami berdua.“Tidak, tadi semasa saya datang ke sekolah, pejabat ini gelap tetapi tiba-tiba saya lihat terang benderang. Sebab itu kami ke sini untuk melihat keadaan yang sebenar,” balasku menerangkan keadaan. “Oh....begitu. Tadi saya sebenarnya dari Putrajaya, tetapi singgah sekejap untuk meminit dan membaca surat-surat masuk. Takut ada surat penting dan perlukan tindakan segera,” jelas Pengetua panjang lebar. Aku dan Penyelia Asrama saling berpandangan dan secara tidak disedari kami tersenyum sendiri. Aku sebenarnya amat kagum dengan kejadian yang kualami pada hari ini. Sejak hari itu, tiada lagi kedengaran cerita-cerita lampu pejabat menyala, kerana kami tahu bahawa Pengetua yang kerap datang ke sekolah tanpa mengira waktu untuk menyiapkan tugas, terutamanya ketika beliau berada di luar kawasan. En. Mohamad Yusof bin Mohamed merupakan mantan Penolong Kanan (Pentadbiran) SMK Bandar Putra. Kini beliau bertugas sebagai Pen. Pengarah (Sekolah Berasrama Penuh, Kluster dan Program Khas), Jabatan Pelajaran Negeri Johor Halaman 6 MINDA PENGETUA hanya untuk terbitan dan edaran dalaman sahaja. Kandungan, susun letak, grafik dan suntingan oleh En. Azman Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra, Kulaijaya.

   
Time on Slide Time on Plick
Slides per Visit Slide Views Views by Location